Tuesday, January 26, 2016

#Tips: Macam mana buat Scheduled Post di Facebook Page

Assalam dan Salam Sejahtera semua! 
Harini saya nak share tips untuk buat Scheduled Post di Facebook Page. :D

Jika anda baru mula menggunakan Facebook Page untuk berbisnes dan anda rasa masa anda sempit untuk update FB Page anda selalu, cara paling mudah ialah dengan membuat Scheduled Post. 






Scheduled Post tu apa?

Scheduled Post adalah pos yang anda boleh pos dalam satu masa yang sama seperti gambar / video / status untuk di pos kepada fans page anda pada waktu yang anda rasa sesuai. 



Tips untuk mempermudahkan proses membuat Scheduled Post:

  • Tulis ayat-ayat dalam Microsoft Word.

    Set masa beberapa jam untuk anda sediakan ayat / info yang sesuai dengan gambar / video / status untuk dipos ke FB Page dan tulis ayat-ayat tersebut dalam Microsoft Word / Excel.

    Ini akan memudahkan proses copy-paste untuk anda di kemudian hari.

  • Sediakan gambar yang releven.

    Sediakan gambar yang releven untuk ayat-ayat tersebut.
    Ini akan memudahkan fans dari Page anda untuk mendapatkan info yang merekan perlukan.

    Jika menggunakan gambar dari internet, pastikan anda memberi credit kepada pemilik gambar tersebut untuk mengelakkan masalah yang tidak sepatutnya.

  • Asingkan gambar dengan folder yang sesuai.

    Jika anda menjual beberapa produk, asingkan setiap produk dengan folder persendirian. 

    Contoh:
    • Folder 1: Zetty Butterscotch Cake
    • Folder 2: Dianz Vitamin
    • Folder 3: Thiara Songket Jubah


Macam mana buat Scheduled Post di Facebook Page?

Saya sediakan gambar-gambar dibawah bagi permudahkan anda untuk ikut setiap langkah membuat Scheduled Post. Semoga perkongsian saya hari ini membantu anda. :)



  1. Buka fan page anda, pada bahagian "Write something...", untuk pos gambar / video, klik Photo/Video.



  2. Ada 4 pilihan. Pilih yang anda rasa sesuai dengan apa yang bakal anda pos.



  3. Pilih gambar / video.
  4. Klik "Open".



  5. Copy & Paste ayat yang anda tulis dari Microsoft Word / Excel.



  6. Klik butang segi tiga sebelah Publish. Jangan klik Publish ya!



  7. Pop-up Schedule Post akan keluar untuk anda ubah tarikh dan masa.



  8. Klik kalender di sebelah tarikh untuk pilih tarikh yang sesuai.



  9. Klik dibahagian masa untuk set jam dan minit yang sesuai untuk gambar / status. Kemudian, klik Schedule.



  10. Selepas anda klik Schedule, akan keluar notification Scheduled Post yang anda set. Untuk lihat atau ubah masa atau tarikh, klik See Post.



  11. Klik scheduled post anda.



  12. Preview untuk scheduled post anda akan dipamerkan. Untuk ubah masa / tarikh, klik Edit







Tahniah! Anda berjaya buat scheduled post! :D




Sekiranya anda berminat untuk belajar macam mana untuk meningkatkan jumlah customer anda atau berkenaan Facebook Advertising, boleh klik link dibawah:






Saturday, November 21, 2015

Hai.

Hai. Semua post akan guna Bahasa Melayu.
Datang lagi ya nanti.

;)